Tuesday, June 7, 2011

Genap 3 Tahun


Assalamualaikum w.b.t...

06.06.2011 genap 3 tahun saya menjalani kehidupan sebagai isteri kepada suami yang tercinta. Pelbagai suka duka dilalui bersama. Alhamdulillah kami masih lagi tabah dan sabar serta masih lagi bersama dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan ini.

Saya sentiasa berdoa agar rumahtangga kami sentisa dilindungi dan diberkati oleh-Nya dan kami akan terus berdoa kepada Allah supaya kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Kadang2 terasa sunyi tanpa anugerah Allah yang satu itu. Tapi kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada -Nya. Semoga Dia akan makbulkan doa kami. Amin.

Kepada hubby tersayang..terima kasih kerana sudi menjadi suami yang sabar dengan kerenah saya. Kesabaran suami yang tak terbatas membuatkan saya berasa begitu bangga dan bertuah kerana mempunyai suami seperti abang..

Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat..


4 comments:

  1. nor...jgn terus jemu meminta daripada-Nya. Semoga terus ceria di samping yang tersayang...;-)

    ReplyDelete
  2. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-3. Kakreen akan menyusul bln 12 nati. Insyallah...

    ReplyDelete
  3. T.kasih kak..InsyaAllah ulang tahun k.reen akan menyusul tiba..

    ReplyDelete