Saturday, April 17, 2010

Kat Kampung...

Khamis, 15 April 2010..mmg hari yg nasib x menyebelahi kami sekeluarga.. aku n hubby, mak, abah, n bg mat g umh k.long kat ulu yam..aku sampai umh k.long dlm pukul 7.15 mlm. Sampai je aku kat umh k.long aku pun trs masuk. X sampai 15 min aku kat dlm umh k.long..tiba2 je kita org dgr bunyi kuat...tiba2 sume org jadi panic. kita org sume berlari keluar nak tgk apa yg jadi...Rupa2nya ada org yang langgar keta Bg mat dan keta bg mat pun bercium dengan keta ejaz..apa lagi dua2 keta pecah sana n sini la...maghrib tu aku rasa kesian kat sume org..kesian kat ejaz termenung bila tgk keta dia jd camtu..kesian jgk kat bg mat..hbs keta baru dia..last sekali aku kesian juga pada k.long yg agak serba salah masa tuh..Tapi apa boleh buat benda dah jadi tp apa yg sedihnya...org yg langgar tu lari cam tu jer..huhuk. Anggap je la ni sume dugaan dari Allah..Dia mahu menguji sejauh mana kekuatan kita sebagai hambanya..

Semalam sudah selesai aku menjalani peperiksaan untuk paper Bahasa Melayu tinggi...fuh..mmg mencabar dan mendebarkan. Apa tak nya..aku dah lama tak buat karangan. Masa zaman2 sekolah dulu kira pro la jugak..tapi sekarang nih..emm eth la..skill pun dah x berapa nak ada..idea pun dah x mari..huhu. Namun aku cuba jgk buat yg terbaik..i try my best.


Hari ni aku dah sampai kat kg...mlm td aku g mkn dgn k.long n bg mat bwk mak,abh, zura n nurul kat muara Sg. Kuala Linggi...suasana tenang betol kat situ..nanti aku nak ajak ejaz pergi kat situ plak. Mungkin kalu pegi petang bleh tgk matahari terbenam..

MMmm ngantuk plak rasa...Zzzzzz

Wednesday, April 14, 2010

2 Sudah Lepas 7 Lagi Menanti....

Alhamdulillah...akhirnya aku dah lepas dua paper..MMM lagi tujuh paper lagi aku nak hadap. Semalam paper sains politik agak susah aku nak jawab. Bkn nya agak susah tp memang susah..aku tak tau la result aku cam ne nanti. Aku harap result aku cemerlang la huhu.insyaallah..

Sejak masuk minggu exam nih..aku rasa cam letih sangat. yelah sekejap kat KL, sekejap kat melaka..kadang2 kat seremban..tapi 2 hari ni lokasi aku kat Ulu Yam..dan sok aku kembali ke melaka coz petang esok aku ada paper..Bahasa Melayu Tinggi. Pergi keja pun ngantuk jer. Tadi masa taklimat Dasar Bahasa aku boleh terlelap kat dalam Dewan Seminar tadi..siap dengkur lagi..huh buat malu jer. Nasib baik kak zai kejut aku. Kalau aku duduk sebelah org lain...emm aku rasa dah lama dah aku kena gelak tadi hehe..;)

Thursday, April 8, 2010

Agak Pening..Perasaan Bercampur Baur..


Hari ni dah hari Jumaat sekejap betol masa berlalu...meninggalkan kita. Minggu depan aku dah nak exam..hish berdebar2 rasanya..dengan ilmu yg tak seberapa ada kat aku nih aku dah betol2 bersedia ker nak jwb exam mggu depan hish2x..Ya Allah aku mengharapkan aku berjaya memperoleh sesuatu yang terbaik dlm exam utk kali yg pertama nih..Amin..byk btol cabaran nya belajar sambil bekerja nih..byk pengaruh..huhu..


Mlm nih pulun lg baca buku...aku x bleh rilek lg selagi aku x abis exam..bak kata kak husna' nor belajar guna duit dan cuti sendiri' so usaha la sehingga kejayaan yg kita dapat tu setimpal dgn apa yang kita korbankan..Fuhh..mmg byk benda kena korban. Bukan setakat duit, cuti..tapi tenaga dan kudrat yg ada pada aku ni pun kena korban gak.


Aku ni pun bkn la org yg rajin sangat sebenarnya huhu..rasa malas yang menyelubungi diri ni mmg tebal..yelah hari2 duk travel semban-kl utk mencari rezeki..sure2 balik mlm aku mmg tewas dgn mata aku yg sgt mengantuk..sok pagi2 buta 4.30 pagi aku dah bangun nak g keja balik..pehh..cabaran2x..tiba2x aku teringat kata2x Tun Mahathir 'Hanya orang yang cekal dan tabah akan berjaya dalam hidupnya...aku cuba belajar utk menjadi cekal dan tabah tp aku x sekuat itu..byk kali gak aku tersungkur,terbabas ter xcdent..sume ada la..semangat dan perasaan utk aku bangun..merangkak sehingga aku berjaya berdiri dengan betol amat lah sukar sebenarnya..tapi apa pun yg berlaku..aku tetap kena teruskan perjuangan ni sehingga la aku berjaya buktikan yang aku juga mampu untuk yg satu ini...

Monday, April 5, 2010

My New Blog....;)


Assalamualaikum W.B.T


Salam buat semua...akhirnya aku berjaya create blog aku sendiri huhu...saat2 org lain dah menimbun2 post kat blog masing2 sdgkan aku masih bertatih nak create blog sendiri..tapi takpe sebab aku berjaya untuk melakukannya sendiri..eemm..lepas nih bleh la aku promote blog aku nih kat member2 aku yg lain hehe..pg tadi aku ni rasa macam tak sedap badan jer..tp bila dah berjaya create blog ni kurang ckit rasa berdenyut-denyut kat kepala aku nih..walau pun aku rasa sebenarnya macam nak baring je...padahal kerja atas meja ni bertimbun nak di settle kan..huh..letih..letih..