Tuesday, January 25, 2011

Abah...

15 Januari 2011(Sabtu), aku telah kehilangan orang yang amat aku sayangi...Abah pergi selamanya meninggalkan kami. Ini lah yang dikatakan dugaan. Di awal tahun 2011 yang baru sahaja bermula, aku dan keluarga telah diduga dengan dugaan yg besar...rasanya baru semalam aku berborak,bergurau dan berjenaka dengan abah tapi hari ni abah sudah tiada lagi di depan mata..perginya seorang bapa yang telah byk menjalani dugaan dalam kehidupannya...aku sebagai anak kini hanya mampu berdoa dan berdoa semoga dia tenang di sana..semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan soleh..semoga diampunkan segala dosa2nya..aku dan anak2 nya yang lain tidak sempat utk bertemu dengan nya untuk kali terakhir kerana dia pergi tanpa meninggalkan pesan. Aku sendiri tidak sempat untuk meminta ampun dan maaf kepadanya..Sesungguhnya aku begitu berdosa...abah, ampunkan lah anak mu ini...untuk mak, aku mengharapkan dia tabah menjalani hari2 mendatang tanpa abah disisi. Aku begitu berharap sebagai anak, aku tidak leka dan lalai utk menjalankan tanggugjawab ku sebagai seorang anak. Walau pun tidak ada riak duka diwajahnya namun aku pasti jauh disudut hatinya dia begitu terasa dengan kehilangan ini..terasa kesunyian. Hanya kenangan bersama arwah abah di rumah kg. yg menjadi ingatan kami. Segala kenangan kami sekeluarga bersama arwah abah akan aku simpan dalam lipatan memori untuk aku kenang kembali di saat aku rindu..Al-Fatihah untuk arwah Abah...260111

Tuesday, January 11, 2011

Hanya Pada Mu Ya Allah...

Assalamualaikum W.B.T...minggu ni aku rasakan aku tak tenang. Aku cuba mencari ketenangan untuk diri aku. Dari hari ke hari, aku terus berdoa pada Allah moga Dia kuatkan semangat aku dan perteguhkan iman aku untuk aku meneruskan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ni. Dlm hati ni hanya Dia yang maha mengetahui. Jika diikutkan perasaan ni, aku tak mampu lagi nak meneruskannya. Tapi aku tak de pilihan. Apa yang boleh aku buat hanya berdoa dan berserah. Aku mengharapkan keajaiban akan berlaku dalam hidup ini...bagi aku tidak ada yang mustahil akan berlaku jika ianya diperkenankan oleh Allah S.W.T. Ya kita sebagai hambanya perlu la berusaha untuk memperolehinya. Namun sebagai manusia biasa kita perlu berdoa dan bertawakal kepadanya. Supaya dia mempermudahkan diri kita untuk memperoleh apa yg kita inginkan...Aku di sini akan terus berdoa dan berharap..agar apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan. Amin...

Monday, January 3, 2011

Selamat Datang 2011

Assalamualaikum kepada semua...

Setelah sekian lama aku tak mencoretkan apa2 peristiwa di blog ni..hari ini aku kembali. Kembali dengan semangat tahun baru. Entah kenapa tiba2 mood untuk mencoretkan sesuatu di blog ni datang. Hari ini 4 Januari 2011...aku telah pun melangkah ke tahun baru..Selamat Tahun Baru kepada semua.. Aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan pada semua...Bagi aku apabila kita melangkah ke tahun baru, maka kita akan berganjak kepada satu peringkat umur yang lebih dewasa..aku tidak lah mengatakan kita akan melangkah ke peringkat yang lebih tua walau pun itu lah hakikat sebenarnya kerana aku pasti hampir kesemua di kalangan kita akan berasa takut apabila kita bincangkan tentang peringkat umur. Apa pun yang terjadi kita tidak mampu untuk menghalang jam untuk menjalankan tugasnya memutar jarum jam, minit serta saat. Jika kita tidak mampu untuk merancang sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah serta kebaikan dalam hari-hari yang kita lalui, kita sendiri akan rugi. Tapi aku sendiri kadang-kadang berada dikalangan orang yang rugi itu. Aku sendiri tidak mampu mereka kejayaan dalam tahun-tahun yang aku lalui...Sudah menjadi lumrah ramai di kalangan manusia termasuk aku akan berangan2 apabila masuk ke tahun baru akan mereka2 berderet2 azam baru untuk dilaksanakan pada tahun baru, sudahnya entah kemana pergi azam itu. Tapi bagi aku tercapai atau tidak tercapai apa yang diinginkan dalam hidup adalah datangnya dari diri sendiri. Begitu juga dengan kejayaan..apa2 kejayaan yang kita ingin perolehi pokok pangkalnya usaha..apa pun usaha yang disulami dgn doa dan tawakal..Insyaallah Allah akan memudahkan jalan kita untuk menuju kejayaan. Dan aku..insyaallah akan cuba berusaha untuk melunaskan apa yang diimpikan...Aku juga berdoa agar tahun ni akan membawa seribu rahmat kepada aku dan keluarga serta kepada semua..Amin