Wednesday, June 6, 2012

Macam - Macam Cerita...

Assalamualaikum W.B.T

Semalam 06 Jun 2012 adalah hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke-4. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku hidup sebagai seorang isteri. Syukur ke hadrat Allah kerana jadikan kami di kalangan hamba-hambanya yang terlalu tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dari-Nya. Aku terlalu bersyukur kerana dikurniakan yang sangat memahami. Doa aku supaya kami sentiasa bahagia dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini. Semoga kami dipermurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin...

Bulan ni bulan aku menghadapi peperiksaan. Terlalu sibuk dalam bulan banyak perkara yang nak diselesaikan semoga Allah memudahkan segala urusan aku. Mood sekarang tengah sedih sebenarnya. Banyak sangat dugaan sejak kebelakangan ni. Tapi takpe Allah maha mengetahui. Mungkin ada kesilapan yang aku buat juga. Sekarang tengah pujuk diri sendiri. Walau pun sebenarnya perasaan aku hurmmm kalau ikutkan hati dah aku....tapi kita tak boleh ikut perasaan apa yang berlakunya datang nya dari Dia atas kehendak dia juga. kita sebagai manusia berdoa dan teruslah berdoa supaya kita kuat hadapi apa sahaja cabaran dan dugaan-Nya. 

Sunday, April 8, 2012

Sudah lama...

Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ni nak cerita pasal blog ni yang agak lama terbengkalai. Kali terakhir post dulu masa bulan 1 dulu. Tulah entry pertama dan terakhir aku untuk tahun 2012 ni. Bak kata orang entry tu just say hai untuk tahun 2012. Maaf la sesangat sebab awal2 tahun lagi dah mengabaikan blog sendiri. Tiba2 pulak hari ni sambil duduk2 kat rumah mak ni..tiba2 terdetik kat hati lebih baik update blog aku yang dah lama terbiar tu. Kalau la blog ni umpama tanah kosong emmm jawabnya memang tumbuh semak samun dah sekarang nih hehehe.
Tidak ada cerita yang menarik sangat pun nak diceritakan setakat nih. Kehidupan aku masih macam yang sebelum ni tak de apa pun yang berubah...cuma berat badan je kot yang makin naik...hahaha

Tapi adalah beberapa azam tuk tahun ni. Harap2 tahun ni semua azam aku tercapai. Semoga Allah permudahkannya....Aminnn..

Sunday, January 8, 2012

8 Januari 2012

Assalamualaikum W.B.T.....

Sudah seminggu 2011 meninggalkan kita...hurmmm...saya baru berkesempatan nak mencoretkan sesuatu di permulaan tahun baru nie. Sudah 6 bulan blog ni saya tinggalkan begitu saja huh...selama 6 bulan saya tinggalkan ada la beberapa kali 'saya sign in' kononnya nak mencoretkan sesuatu sudahnya apa yang saya lakukan adalah 'sign out' sahaja. Dan selama 6 bulan pelbagai suka duka saya lalui tanpa saya kongsikan di blog kesayangan saya ini.

2011 telah pergi meninggalkan saya dengan pelbagai memori suka dan duka. Jika ingin diimbas kembali...Sememang terlalu banyak kisahnya...Okla saya cuba review tentang memori 2011. Jom...

15 Januari 2011- Saya telah kehilangan seorang Abah yang disayangi. Allah lebih menyayanginya..Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin...

April 2011 - Saya menduduki peperiksaan final untuk tahun 2 dalam program PJJ, USM(maaf saya sudah terlupa tarikhnya)

06 Jun 2011- Saya menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-3 di Langkawi

Jun 2011- Pada bulan Jun 2011 juga saya telah memulakan rawatan untuk mendapatkan zuriat di PPUKM

Jun 2011- Dalam bulan result untuk final telah keluar...dan keputusan saya agak menurun

Julai & Ogos 2011- puasa dan raya yang pertama tanpa arwah Abah..

4 September 2011- Suami tercinta telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital KPJ selama 7 hari. Dalam tempoh 7 hari, 3 hari dia dimasukkan ke wad ICU....Alhamdulillah dia kembali pulih. Saya terpaksa mengambil cuti separuh gaji selama 18 hari untuk menjaga dia.

12 November 2011- Saya terpaksa menjalani minor operation utk membuat ketumbuhan di tapak kaki sebelah kiri (ketuat)

16 November 2011- Ulang tahun kelahiran suami yang tersayang saya masih dalam keadaan tidak sihat ketika itu

5 Disember 2011- Menjalani minor operation tuk kali kedua untuk membuang ketumbuhan di kaki sebelah kanan pula..

24 Disember 2011 - Suami telah menghadiahkan seutas jam tangan casio sempena ulang tahun kelahiran saya....

Itulah antara rentetan perjalanan hidup saya sepanjang 2011..

Okla jumpa lagi di coretan yang lain...bye2...:)