Tuesday, January 25, 2011

Abah...

15 Januari 2011(Sabtu), aku telah kehilangan orang yang amat aku sayangi...Abah pergi selamanya meninggalkan kami. Ini lah yang dikatakan dugaan. Di awal tahun 2011 yang baru sahaja bermula, aku dan keluarga telah diduga dengan dugaan yg besar...rasanya baru semalam aku berborak,bergurau dan berjenaka dengan abah tapi hari ni abah sudah tiada lagi di depan mata..perginya seorang bapa yang telah byk menjalani dugaan dalam kehidupannya...aku sebagai anak kini hanya mampu berdoa dan berdoa semoga dia tenang di sana..semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan soleh..semoga diampunkan segala dosa2nya..aku dan anak2 nya yang lain tidak sempat utk bertemu dengan nya untuk kali terakhir kerana dia pergi tanpa meninggalkan pesan. Aku sendiri tidak sempat untuk meminta ampun dan maaf kepadanya..Sesungguhnya aku begitu berdosa...abah, ampunkan lah anak mu ini...untuk mak, aku mengharapkan dia tabah menjalani hari2 mendatang tanpa abah disisi. Aku begitu berharap sebagai anak, aku tidak leka dan lalai utk menjalankan tanggugjawab ku sebagai seorang anak. Walau pun tidak ada riak duka diwajahnya namun aku pasti jauh disudut hatinya dia begitu terasa dengan kehilangan ini..terasa kesunyian. Hanya kenangan bersama arwah abah di rumah kg. yg menjadi ingatan kami. Segala kenangan kami sekeluarga bersama arwah abah akan aku simpan dalam lipatan memori untuk aku kenang kembali di saat aku rindu..Al-Fatihah untuk arwah Abah...260111

Tuesday, January 11, 2011

Hanya Pada Mu Ya Allah...

Assalamualaikum W.B.T...minggu ni aku rasakan aku tak tenang. Aku cuba mencari ketenangan untuk diri aku. Dari hari ke hari, aku terus berdoa pada Allah moga Dia kuatkan semangat aku dan perteguhkan iman aku untuk aku meneruskan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ni. Dlm hati ni hanya Dia yang maha mengetahui. Jika diikutkan perasaan ni, aku tak mampu lagi nak meneruskannya. Tapi aku tak de pilihan. Apa yang boleh aku buat hanya berdoa dan berserah. Aku mengharapkan keajaiban akan berlaku dalam hidup ini...bagi aku tidak ada yang mustahil akan berlaku jika ianya diperkenankan oleh Allah S.W.T. Ya kita sebagai hambanya perlu la berusaha untuk memperolehinya. Namun sebagai manusia biasa kita perlu berdoa dan bertawakal kepadanya. Supaya dia mempermudahkan diri kita untuk memperoleh apa yg kita inginkan...Aku di sini akan terus berdoa dan berharap..agar apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan. Amin...

Monday, January 3, 2011

Selamat Datang 2011

Assalamualaikum kepada semua...

Setelah sekian lama aku tak mencoretkan apa2 peristiwa di blog ni..hari ini aku kembali. Kembali dengan semangat tahun baru. Entah kenapa tiba2 mood untuk mencoretkan sesuatu di blog ni datang. Hari ini 4 Januari 2011...aku telah pun melangkah ke tahun baru..Selamat Tahun Baru kepada semua.. Aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan pada semua...Bagi aku apabila kita melangkah ke tahun baru, maka kita akan berganjak kepada satu peringkat umur yang lebih dewasa..aku tidak lah mengatakan kita akan melangkah ke peringkat yang lebih tua walau pun itu lah hakikat sebenarnya kerana aku pasti hampir kesemua di kalangan kita akan berasa takut apabila kita bincangkan tentang peringkat umur. Apa pun yang terjadi kita tidak mampu untuk menghalang jam untuk menjalankan tugasnya memutar jarum jam, minit serta saat. Jika kita tidak mampu untuk merancang sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah serta kebaikan dalam hari-hari yang kita lalui, kita sendiri akan rugi. Tapi aku sendiri kadang-kadang berada dikalangan orang yang rugi itu. Aku sendiri tidak mampu mereka kejayaan dalam tahun-tahun yang aku lalui...Sudah menjadi lumrah ramai di kalangan manusia termasuk aku akan berangan2 apabila masuk ke tahun baru akan mereka2 berderet2 azam baru untuk dilaksanakan pada tahun baru, sudahnya entah kemana pergi azam itu. Tapi bagi aku tercapai atau tidak tercapai apa yang diinginkan dalam hidup adalah datangnya dari diri sendiri. Begitu juga dengan kejayaan..apa2 kejayaan yang kita ingin perolehi pokok pangkalnya usaha..apa pun usaha yang disulami dgn doa dan tawakal..Insyaallah Allah akan memudahkan jalan kita untuk menuju kejayaan. Dan aku..insyaallah akan cuba berusaha untuk melunaskan apa yang diimpikan...Aku juga berdoa agar tahun ni akan membawa seribu rahmat kepada aku dan keluarga serta kepada semua..Amin

Wednesday, August 11, 2010

Hari ke-2 Berpuasa..

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak". Moga Ramadhan pada kali ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan di kalangan hidup seluruh umat islam yang berada di muka bumi Allah ini.

Semuanya baru bermula. Seperti baru bermulanya Ramadhan begitu juga aku yang baru bermula di Bahagian baru. Harap segalanya akan berjalan dengan lancar. Segala kerja-kerja telah pun di agihkan semalam. So hari ini aku boleh memulakan tugas aku seperti biasa. Tiada apa yang lain nya di sini. Cuma berubah tingkat dan rakan-rakan sekerja. Tugas yang diberikan pun lebih kurang dengan bahagian sebelum ni. Cuma ada la sedikit kelainan. Insyaallah kalau tak tahu boleh bertanya dan belajar pada mereka yang tahu.

Setelah 2 hari di berpuasa ni aku rasa agak letih sikit. Biasa la bila duduk jauh balik kerja mesti penat. Balik keja jer tak lengah lagi terus bersiap sedia untuk berbuka. Walau pun aku tak masak dengan hanya membeli sahaja pun boleh dikira penat sebab perjalanan balik kerja yang jauh..lepas je berbuka solat maghrib dan terus menjalankan kerja harian aku iron baju..selepas itu barulah aku buat persiapan untuk masak makan sahur nanti. Masak yang simple2 je cukup la. Sekadar mengalas perut dan cukup kan syarat untuk berpuasa...

Dalam menjalani ibadah puasa ni sabar perlu kuat. Jangan ikutkan hati. Dalam segala perbuatan perlu ada sikap sabar. Belajar dan pupuk la sifat sabar dalam diri. Kerana orang-orang sabar adalah tergolong di dalam golongan orang beriman...

Saturday, July 31, 2010

Serahkan Pada Yg Maha Esa..

Siapalah aku nak menentukan apa yg akan terjadi pada hari esok..tapi dalam kehidupan ini kita sebagai Hamba-Nya kena pasrah dengan apa yang telah ditakdirkan. Pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Entah apa yang nak aku tulis kan utk n3 aku pada kali ni pun aku kurang pasti..tp yang pastinya apa yang tertulis dalam hati aku ketika ni adalah gundah gulana..risau yang kian menggunung eth apa yg terjadi pada aku selepas ni.

Oh Hari Isnin..pantas la wahai masa supaya dapat aku rungkaikan segala persoalan yang bermain di minda aku..wahai fikirlah ke arah positif. Supaya semua yang terjadi ni ada berjalan dengan lancar dan baik-baik belaka..

Friday, July 9, 2010

Perasaan

Hari ni tajuk N3 aku PERASAAN..MMm entah kenapa aku tiba2 berminat nak tulis mengenai perasaan. Semua orang kat dunia ni mempunyai perasaan. Tak kira kecik ke besar,tua, muda,lelaki atau perempuan semua orang mempunyai perasaan. Perasaan ni pulak ada banyak ada perasaan gembira,sedih,sakit hati, marah dan banyak lagi la.

Kalu nak tau apa maksud perkataan perasaan ni jom kita tgk dari Kamus Dewan. Hasil rujukan aku baru sekejap tadi dari Perisian Kamus Elektronik Dewan Eja(Bar Gelintar) Perasaan Bermaksud perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai, .

Jadinya perasaan ni ada kat sume orang. Kadang2 ada perbuatan kita yang boleh mengguris hati orang, menyakitkan hati org lain. Selain itu ada juga perkara yang kita lakukan boleh menggembirakan orang lain kadang2 sampai kegembiraan boleh menitiskan air mata. Dan ada kalanya air mata tu juga adalah sebagai tanda perasaan sedih yang dialami oleh seseorang. Tapi ada satu perasaan yang aku sendiri takut bila mendengarnya dan aku juga sentiasa bermohon agar perasaan ini dijauhkan dari diri aku. Nak tau ke apa perasaan tu..PERASAAN HASAD DENGKI. Perasaan ni sangat merbahaya..bila dalam hati ada perasaan ni macam boleh dilakukan untuk mendapatkan kepuasan untuk diri sendiri...aku nak nasihatkan pada semua jangan ada perasaan cam ni dalam hati..x baik dan x bagus untuk kesihatan..

Wednesday, July 7, 2010

@MC Donald, Ampang Park

Tiba-tiba teringatkan kisah di Mc Donald, Ampang Park tengah hari tadi. Kesian pada wanita Arab tu handbag dia hilang...yang peliknya dia tak sedar bila handbag tu hilang. Fuhh suasana kelam kabut kejap bila dia nangis2 dan jerit2 dalam restoran fast food tu..suami dia cuba nak mengesan siapa pencuri dengan CCTV yg ada kat dalam restoran tu tapi malangnya CCTV cuma ada di kawasan kaunter membeli makanan..

Wahai pencuri..tolong la berhenti buat kerja yg tak baik ni...tak baik menganiaya orang lain. Buat la kerja yang boleh memberikan rezeki yang halal dan sempurna untuk keluarga. Banyak lagi kerja-kerja lain boleh dibuat..jangan guna jalan mudah untuk dapatkan duit kerana hidup tak kan selamat dunia dan akhirat..

Pada wanita Arab tu..aku harap dia sabar. Aku faham perasaan dia coz perkara yang sama pernah berlaku pada diri aku..