Wednesday, June 6, 2012

Macam - Macam Cerita...

Assalamualaikum W.B.T

Semalam 06 Jun 2012 adalah hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke-4. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku hidup sebagai seorang isteri. Syukur ke hadrat Allah kerana jadikan kami di kalangan hamba-hambanya yang terlalu tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dari-Nya. Aku terlalu bersyukur kerana dikurniakan yang sangat memahami. Doa aku supaya kami sentiasa bahagia dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam hidup ini. Semoga kami dipermurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin...

Bulan ni bulan aku menghadapi peperiksaan. Terlalu sibuk dalam bulan banyak perkara yang nak diselesaikan semoga Allah memudahkan segala urusan aku. Mood sekarang tengah sedih sebenarnya. Banyak sangat dugaan sejak kebelakangan ni. Tapi takpe Allah maha mengetahui. Mungkin ada kesilapan yang aku buat juga. Sekarang tengah pujuk diri sendiri. Walau pun sebenarnya perasaan aku hurmmm kalau ikutkan hati dah aku....tapi kita tak boleh ikut perasaan apa yang berlakunya datang nya dari Dia atas kehendak dia juga. kita sebagai manusia berdoa dan teruslah berdoa supaya kita kuat hadapi apa sahaja cabaran dan dugaan-Nya. 

Sunday, April 8, 2012

Sudah lama...

Assalamualaikum W.B.T

Entry kali ni nak cerita pasal blog ni yang agak lama terbengkalai. Kali terakhir post dulu masa bulan 1 dulu. Tulah entry pertama dan terakhir aku untuk tahun 2012 ni. Bak kata orang entry tu just say hai untuk tahun 2012. Maaf la sesangat sebab awal2 tahun lagi dah mengabaikan blog sendiri. Tiba2 pulak hari ni sambil duduk2 kat rumah mak ni..tiba2 terdetik kat hati lebih baik update blog aku yang dah lama terbiar tu. Kalau la blog ni umpama tanah kosong emmm jawabnya memang tumbuh semak samun dah sekarang nih hehehe.
Tidak ada cerita yang menarik sangat pun nak diceritakan setakat nih. Kehidupan aku masih macam yang sebelum ni tak de apa pun yang berubah...cuma berat badan je kot yang makin naik...hahaha

Tapi adalah beberapa azam tuk tahun ni. Harap2 tahun ni semua azam aku tercapai. Semoga Allah permudahkannya....Aminnn..

Sunday, January 8, 2012

8 Januari 2012

Assalamualaikum W.B.T.....

Sudah seminggu 2011 meninggalkan kita...hurmmm...saya baru berkesempatan nak mencoretkan sesuatu di permulaan tahun baru nie. Sudah 6 bulan blog ni saya tinggalkan begitu saja huh...selama 6 bulan saya tinggalkan ada la beberapa kali 'saya sign in' kononnya nak mencoretkan sesuatu sudahnya apa yang saya lakukan adalah 'sign out' sahaja. Dan selama 6 bulan pelbagai suka duka saya lalui tanpa saya kongsikan di blog kesayangan saya ini.

2011 telah pergi meninggalkan saya dengan pelbagai memori suka dan duka. Jika ingin diimbas kembali...Sememang terlalu banyak kisahnya...Okla saya cuba review tentang memori 2011. Jom...

15 Januari 2011- Saya telah kehilangan seorang Abah yang disayangi. Allah lebih menyayanginya..Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin...

April 2011 - Saya menduduki peperiksaan final untuk tahun 2 dalam program PJJ, USM(maaf saya sudah terlupa tarikhnya)

06 Jun 2011- Saya menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-3 di Langkawi

Jun 2011- Pada bulan Jun 2011 juga saya telah memulakan rawatan untuk mendapatkan zuriat di PPUKM

Jun 2011- Dalam bulan result untuk final telah keluar...dan keputusan saya agak menurun

Julai & Ogos 2011- puasa dan raya yang pertama tanpa arwah Abah..

4 September 2011- Suami tercinta telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital KPJ selama 7 hari. Dalam tempoh 7 hari, 3 hari dia dimasukkan ke wad ICU....Alhamdulillah dia kembali pulih. Saya terpaksa mengambil cuti separuh gaji selama 18 hari untuk menjaga dia.

12 November 2011- Saya terpaksa menjalani minor operation utk membuat ketumbuhan di tapak kaki sebelah kiri (ketuat)

16 November 2011- Ulang tahun kelahiran suami yang tersayang saya masih dalam keadaan tidak sihat ketika itu

5 Disember 2011- Menjalani minor operation tuk kali kedua untuk membuang ketumbuhan di kaki sebelah kanan pula..

24 Disember 2011 - Suami telah menghadiahkan seutas jam tangan casio sempena ulang tahun kelahiran saya....

Itulah antara rentetan perjalanan hidup saya sepanjang 2011..

Okla jumpa lagi di coretan yang lain...bye2...:)




Sunday, June 19, 2011

Minggu Ulang Tahun...

Assalamualaikum w.b.t..

n3 saya kali ni..agak lewat sedikit kerana saya tersangat la sibuk sampai tak sempat nak meng'update' blog sendiri...saya nak
kongsi sikit gambar-gambar masa bercuti kat Langkawi tempoh hari...

pengalaman bercuti di Langkawi memang tak dapat dilupakan...sebab nya tarikh tersebut adalah tarikh ulang tahun perkahwinan saya yang
ke-
3..sebenarnya saya sampai di Langkawi pun
sebab menghantar sepupu kawen hehe

dan suatu hari nanti saya harap saya akan ke sana lagi...nak tau ke apa aktiviti penting saya kat
Langkawi..mestilah ber'shopping'. Selain tu..pengalaman menaiki cable car gunung machincang sambil menutup mata memang satu pengalaman baru hehe..walau pun kengkawan lain dah beberapa kali naik cable car tu..tapi bagi saya yang kali pertama naik ni..memang GAYAT hahaha..

Sampai di sini sahaja n3 saya untuk kali kita berjumpa lagi di n3 yang lain..babye..:)













Tuesday, June 7, 2011

Genap 3 Tahun


Assalamualaikum w.b.t...

06.06.2011 genap 3 tahun saya menjalani kehidupan sebagai isteri kepada suami yang tercinta. Pelbagai suka duka dilalui bersama. Alhamdulillah kami masih lagi tabah dan sabar serta masih lagi bersama dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan ini.

Saya sentiasa berdoa agar rumahtangga kami sentisa dilindungi dan diberkati oleh-Nya dan kami akan terus berdoa kepada Allah supaya kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Kadang2 terasa sunyi tanpa anugerah Allah yang satu itu. Tapi kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada -Nya. Semoga Dia akan makbulkan doa kami. Amin.

Kepada hubby tersayang..terima kasih kerana sudi menjadi suami yang sabar dengan kerenah saya. Kesabaran suami yang tak terbatas membuatkan saya berasa begitu bangga dan bertuah kerana mempunyai suami seperti abang..

Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat..


Thursday, June 2, 2011

Tentang Saya....

Assalamualaikum W.B.T...

N3 kali ini saya nak mengulas tentang diri saya sendiri..Saya sejak dari kecil..mungkin tadika rasanya(yang saya ingat la..) memang seorang yang suka menjaga hati dan perasaan orang lain dari hati dan perasaan sendiri. Saya tak kisah di marah atau di buli kerana yang penting bagi saya, saya tidak menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Begitu la saya sehingga hari ini. Memang orang yang suka jaga hati dan perasaan orang lain ni..selalu sangat hatinya disakiti...dicalari..Malah kadang2 kepala saya dipijak2...ada pula yang kadang2 menanggap saya seperti sampah yang tak perlu dihormati kerana saya adalah seorang yang berat mulut untuk memarahi..memaki orang lain..saya mudah untuk di arah2..saya mudah untuk ditengking2..saya mudah untuk disindir2. Kalau ada rasa nak marah datang lah pada saya...kerana saya adalah tempat untuk orang melepaskan perasaan..dan saya tidak pernah kisah. Walau pun hati saya sendiri sakit...saya tak kisah...

Saya sendiri sedia melupakannya...itu la tentang saya...

* Saya sedikit jiwang di sini..kerana hari ini emosi saya sedikit terganggu..tapi tak de apa2. Saya ok2 saje..

Tuesday, May 31, 2011

Segalanya Bermula di Bulan Jun

Assalamualaikum W.B.T...

Apa khabar semua? Hari ni dah pun 1 Jun. Pantas sungguh waktu berlalu. Bulan Jun ni ada beberapa pekara penting yang akan berlaku ke atas diri saya. Yang pertama kalinya 3 hb Jun ni mak nak buat kenduri dah tahlil arwah abah kat kampung. Harap2 semuanya akan berjalan lancar..Amin.Keduanya 4hb Jun saya akan berangkat ke Kuala Muda, Kedah untuk menghantar sepupu sebelah hubby kawen kat sana. Doa kan perjalanan kami selamat ye..^-^

Seterusnya 6hb Jun ada lah anniversary perkahwinan kami yang ke-3 tahun. Alhamdulillah..pejam celik..pejam celik dah tiga tahun rupanya saya kawen hehe. Tapi kami belum dikurniakan rezeki yang satu itu...tak pelah hanya sabar dan doa yang tidak putus-putus di panjatkan ke hadrat Illahi..semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...Amin. Dan kawan-kawan doa kebahagian kami hingga ke akhir hayat ye.

Seterusnya 15hb Jun adalah temujanji saya yang pertama dengan pihak PPUKM di klinik O & G. Takut sebenarnya...bila mendengar cerita kawan-kawan yang sama2 berjuang untuk mendapatkan zuriat..aduh risau sungguh. Proses rawatan yang dijalankan membuatkan rasa cuak menerpa diri. Walau pun saya bukan lah seorang yang takut untuk ke hospital...tetapi bila mendengar cerita itu dan ini beserta kaedah2 yang boleh mengecutkan perut..tetiba rasa nak batalkan temujanji pun ada..huhu. Tapi hubby dah pesan...kalau orang lain boleh buat..kenapa tak bie? itu la kata2 my hubby.

Saya tahu Mr.Hubby memang berharap agar kami dikurniakan zuriat hatta sorang pun tak pe(ceh macam bahasa zaman purba kala)...walau pun dia tak meluahkan apa2 kepada saya..dan dia selalu cakap kita berserah je setelah kita berusaha. Tetapi langkah pertama untuk menjalani rawatan di hospital sememangnya menakutkan saya. Harap2 saya tak takut...dan saya harap saya menjadi seorang yang kuat, tabah dan berani..Semoga Allah melindungi saya...Amin

Sekian saja n3 tuk kali ni...kita jumpa lagi pada N3 yg seterusnya..babai..tata..titi..tutu..

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah... Syukur..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..saya diberi peluang oleh Allah untuk masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Dah lama tak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Akhirnya hari ini saya ada kesempatan untuk mencoretkan sesuatu yang sudah lama tidak diluahkan..eemm selepas selesai menduduki peperiksaan bulan April yang lepas..bulan Mei saya perlu menjalani satu lagi ujian.. TEMUDUGA.. ya itu lah perkara yang sangat merunsingkan saya ketika itu.. saya diberitahu 4 hari sebelum temuduga akan diadakan. Fuhh!! hampir tidak tidur malam dibuatnya. Dalam tempoh 4 hari macam-macam perkara yang saya fikirkan. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Alhamdulillah...dengan kekuatan yang masih berbaki pada diri dengan izin Nya saya selamat menjalani sesi temuduga dengan lancar...sekali lagi saya perlu bersyukur pada Allah kerana Dia telah memudahkan segala urusanku. Amin...

Dan hari ni segalanya telah berlalu..peperiksaan dah selesai...temuduga pun dah selesai. Alhamdulillah. Baru je 2 hari lepas keputusan peperiksaan telah pun keluar..hanya melalui khidmat pesanan ringkas.. keputusan peperiksaan dapat diketahui..Alhamdulillah sekali lagi ke Hadrat Allah..kerana dengan inzin Nya juga saya lulus dalam semua subjek. Walau bagaimanapun keputusan penuh berserta gred belum diketahui. Dijangka akan keluar di portal RPJJ sekitar awal Jun nanti. Saya terlalu bersyukur kepada Allah kerana amat pemurah dan amat mengasihani kepada hamba-hamba Nya. Di sini apa yang ingin saya tekan kan..apa pun yang berlaku kepada kita kembali lah kepada Allah..walau pun dalam keadaan susah mahu pun senang..kembali lah dan ingatilah Allah. Kerana setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita seharian adalah ketentuan dari Nya...

Tuesday, April 19, 2011

April- Bulan Exam..

Assalamualaikum W.B.T

Bulan April..bulan ni aku sibuk untuk menghadapi pepriksaan untuk final bagi tahun 2 ni. Selain dari sibuk untuk mentelaah buku..aku jugak sibuk berulang alik..tidak hairan la kalau bulan ni keja-kejap aku kat kl..kejap-kejap ada kat seremban..dan seterusnya melaka..Kesimpulannya bulan ni memang meletihkan..huhu dan sekarang aku berada dalam keadaan yang tidak sihat. Hampir-hampir mau demam dan selsema sudah menyerang...emm dugaan demi dugaan. Sabar ada lah penawarnya..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..

Bulan yang seterusnya bulan Mei..aku ada agenda tersendiri yang perlu aku jalankan. Demi mencapai matlamat yang diimpikan aku perlu melaksanakannya. Harap aku berjaya dengan misi aku yang seterusnya. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Dan semoga aku sentiasa menjadi insan yang tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dalam hidup ni..aku rasa dah sampai masanya aku untuk kembali berkunjung ke tempat itu..demi impian yang belum terlaksana aku kena tenang untuk berkunjung ke sana. Seperti kawan aku sue..aku perlu ikut semangat dia...Aku mengharapkan agar Allah mempermudahkan segala urusan aku. Amin..dan sekarang aku perlu teruskan perjuangan aku yang belum selesai untuk mnjawab peperiksaan..Semoga aku berjaya.. Amin

Tuesday, March 29, 2011

Terasa dan Dirasa....Perasaan Daa..

Assalamualaikum W.B.T ...dah agak lama aku tak meluahkan perasaan..mencurahkan rasa hati kat blog aku nih..kesibukkan yang melanda diri ibarat perdana menteri ni telah mengakibatkan terlalu lama blog aku ni terbegkalai..Sebenarnya sibuk tidak boleh aku jadikan bahan sebagai alasan. Aku sendiri yg tak pandai curi masa utk meng 'update' blog sendiri. Biasa la kan..nama pun manusia mana nak mengaku kesalahan sendiri. Kali ni tajuk N3 aku terasa dan dirasa. Maksudnya adalah mengenai perasaan atau hati yg disakiti. Selalunya terasa hati ni turut melibatkan orang lain..tak kira la 0rg yang berada disekeliling kita atau pun org tu berada jauh dari kita. Tidak mustahil utk kita elakkan situasi terasa hati ni. Punca utama terjadinya terasa hati ni pulak adalah perbuatan org lain. Tak kira la dari segi perbuatan ke percakapan ke..kadang ada perbuatan kita dan percakapan kita yang boleh membuatkan org lain turut terasa hati. Tapi adakah kita tahu org tersebut terasa dgn kita? adakah kita tahu yang kita telah menyakitkan hati dia...susah kan kalu kita tak tau...payah kan kalu org tu tak kan maafkan kita sampai bila2? Nanti kat akhirat jenuh pulak kita nak cari dia nak minta maaf...kalu sampai ke sudah dia tak maafkan udah tak lepas pulak kita nak masuk syurga..ai payah2..tak tau la teman nak kate..Kadang2 aku sendiri terasa hati dgn org lain. Tp org lain tak penah tau pun yang aku terasa hati..tp mcm mana kalu org lain pun ada yang terasa hati dengan aku..takutnya aku..


Sebenarnya kita sebagai manusia biasa ni tak pernah lari buat salah sesama kita..kadang-kadang kita rasa bergurau tapi org lain tak boleh terima gurauan kita. Jadinya dalam apa sahaja perbuatan kita mesti berhati2. Sebelum keluarkan apa2 kenyataan atau beri penerangan fikir dulu..bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur...

Tuesday, January 25, 2011

Abah...

15 Januari 2011(Sabtu), aku telah kehilangan orang yang amat aku sayangi...Abah pergi selamanya meninggalkan kami. Ini lah yang dikatakan dugaan. Di awal tahun 2011 yang baru sahaja bermula, aku dan keluarga telah diduga dengan dugaan yg besar...rasanya baru semalam aku berborak,bergurau dan berjenaka dengan abah tapi hari ni abah sudah tiada lagi di depan mata..perginya seorang bapa yang telah byk menjalani dugaan dalam kehidupannya...aku sebagai anak kini hanya mampu berdoa dan berdoa semoga dia tenang di sana..semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan soleh..semoga diampunkan segala dosa2nya..aku dan anak2 nya yang lain tidak sempat utk bertemu dengan nya untuk kali terakhir kerana dia pergi tanpa meninggalkan pesan. Aku sendiri tidak sempat untuk meminta ampun dan maaf kepadanya..Sesungguhnya aku begitu berdosa...abah, ampunkan lah anak mu ini...untuk mak, aku mengharapkan dia tabah menjalani hari2 mendatang tanpa abah disisi. Aku begitu berharap sebagai anak, aku tidak leka dan lalai utk menjalankan tanggugjawab ku sebagai seorang anak. Walau pun tidak ada riak duka diwajahnya namun aku pasti jauh disudut hatinya dia begitu terasa dengan kehilangan ini..terasa kesunyian. Hanya kenangan bersama arwah abah di rumah kg. yg menjadi ingatan kami. Segala kenangan kami sekeluarga bersama arwah abah akan aku simpan dalam lipatan memori untuk aku kenang kembali di saat aku rindu..Al-Fatihah untuk arwah Abah...260111

Tuesday, January 11, 2011

Hanya Pada Mu Ya Allah...

Assalamualaikum W.B.T...minggu ni aku rasakan aku tak tenang. Aku cuba mencari ketenangan untuk diri aku. Dari hari ke hari, aku terus berdoa pada Allah moga Dia kuatkan semangat aku dan perteguhkan iman aku untuk aku meneruskan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ni. Dlm hati ni hanya Dia yang maha mengetahui. Jika diikutkan perasaan ni, aku tak mampu lagi nak meneruskannya. Tapi aku tak de pilihan. Apa yang boleh aku buat hanya berdoa dan berserah. Aku mengharapkan keajaiban akan berlaku dalam hidup ini...bagi aku tidak ada yang mustahil akan berlaku jika ianya diperkenankan oleh Allah S.W.T. Ya kita sebagai hambanya perlu la berusaha untuk memperolehinya. Namun sebagai manusia biasa kita perlu berdoa dan bertawakal kepadanya. Supaya dia mempermudahkan diri kita untuk memperoleh apa yg kita inginkan...Aku di sini akan terus berdoa dan berharap..agar apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan. Amin...

Monday, January 3, 2011

Selamat Datang 2011

Assalamualaikum kepada semua...

Setelah sekian lama aku tak mencoretkan apa2 peristiwa di blog ni..hari ini aku kembali. Kembali dengan semangat tahun baru. Entah kenapa tiba2 mood untuk mencoretkan sesuatu di blog ni datang. Hari ini 4 Januari 2011...aku telah pun melangkah ke tahun baru..Selamat Tahun Baru kepada semua.. Aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan pada semua...Bagi aku apabila kita melangkah ke tahun baru, maka kita akan berganjak kepada satu peringkat umur yang lebih dewasa..aku tidak lah mengatakan kita akan melangkah ke peringkat yang lebih tua walau pun itu lah hakikat sebenarnya kerana aku pasti hampir kesemua di kalangan kita akan berasa takut apabila kita bincangkan tentang peringkat umur. Apa pun yang terjadi kita tidak mampu untuk menghalang jam untuk menjalankan tugasnya memutar jarum jam, minit serta saat. Jika kita tidak mampu untuk merancang sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah serta kebaikan dalam hari-hari yang kita lalui, kita sendiri akan rugi. Tapi aku sendiri kadang-kadang berada dikalangan orang yang rugi itu. Aku sendiri tidak mampu mereka kejayaan dalam tahun-tahun yang aku lalui...Sudah menjadi lumrah ramai di kalangan manusia termasuk aku akan berangan2 apabila masuk ke tahun baru akan mereka2 berderet2 azam baru untuk dilaksanakan pada tahun baru, sudahnya entah kemana pergi azam itu. Tapi bagi aku tercapai atau tidak tercapai apa yang diinginkan dalam hidup adalah datangnya dari diri sendiri. Begitu juga dengan kejayaan..apa2 kejayaan yang kita ingin perolehi pokok pangkalnya usaha..apa pun usaha yang disulami dgn doa dan tawakal..Insyaallah Allah akan memudahkan jalan kita untuk menuju kejayaan. Dan aku..insyaallah akan cuba berusaha untuk melunaskan apa yang diimpikan...Aku juga berdoa agar tahun ni akan membawa seribu rahmat kepada aku dan keluarga serta kepada semua..Amin

Wednesday, August 11, 2010

Hari ke-2 Berpuasa..

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak". Moga Ramadhan pada kali ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan di kalangan hidup seluruh umat islam yang berada di muka bumi Allah ini.

Semuanya baru bermula. Seperti baru bermulanya Ramadhan begitu juga aku yang baru bermula di Bahagian baru. Harap segalanya akan berjalan dengan lancar. Segala kerja-kerja telah pun di agihkan semalam. So hari ini aku boleh memulakan tugas aku seperti biasa. Tiada apa yang lain nya di sini. Cuma berubah tingkat dan rakan-rakan sekerja. Tugas yang diberikan pun lebih kurang dengan bahagian sebelum ni. Cuma ada la sedikit kelainan. Insyaallah kalau tak tahu boleh bertanya dan belajar pada mereka yang tahu.

Setelah 2 hari di berpuasa ni aku rasa agak letih sikit. Biasa la bila duduk jauh balik kerja mesti penat. Balik keja jer tak lengah lagi terus bersiap sedia untuk berbuka. Walau pun aku tak masak dengan hanya membeli sahaja pun boleh dikira penat sebab perjalanan balik kerja yang jauh..lepas je berbuka solat maghrib dan terus menjalankan kerja harian aku iron baju..selepas itu barulah aku buat persiapan untuk masak makan sahur nanti. Masak yang simple2 je cukup la. Sekadar mengalas perut dan cukup kan syarat untuk berpuasa...

Dalam menjalani ibadah puasa ni sabar perlu kuat. Jangan ikutkan hati. Dalam segala perbuatan perlu ada sikap sabar. Belajar dan pupuk la sifat sabar dalam diri. Kerana orang-orang sabar adalah tergolong di dalam golongan orang beriman...

Saturday, July 31, 2010

Serahkan Pada Yg Maha Esa..

Siapalah aku nak menentukan apa yg akan terjadi pada hari esok..tapi dalam kehidupan ini kita sebagai Hamba-Nya kena pasrah dengan apa yang telah ditakdirkan. Pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Entah apa yang nak aku tulis kan utk n3 aku pada kali ni pun aku kurang pasti..tp yang pastinya apa yang tertulis dalam hati aku ketika ni adalah gundah gulana..risau yang kian menggunung eth apa yg terjadi pada aku selepas ni.

Oh Hari Isnin..pantas la wahai masa supaya dapat aku rungkaikan segala persoalan yang bermain di minda aku..wahai fikirlah ke arah positif. Supaya semua yang terjadi ni ada berjalan dengan lancar dan baik-baik belaka..

Friday, July 9, 2010

Perasaan

Hari ni tajuk N3 aku PERASAAN..MMm entah kenapa aku tiba2 berminat nak tulis mengenai perasaan. Semua orang kat dunia ni mempunyai perasaan. Tak kira kecik ke besar,tua, muda,lelaki atau perempuan semua orang mempunyai perasaan. Perasaan ni pulak ada banyak ada perasaan gembira,sedih,sakit hati, marah dan banyak lagi la.

Kalu nak tau apa maksud perkataan perasaan ni jom kita tgk dari Kamus Dewan. Hasil rujukan aku baru sekejap tadi dari Perisian Kamus Elektronik Dewan Eja(Bar Gelintar) Perasaan Bermaksud perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai, .

Jadinya perasaan ni ada kat sume orang. Kadang2 ada perbuatan kita yang boleh mengguris hati orang, menyakitkan hati org lain. Selain itu ada juga perkara yang kita lakukan boleh menggembirakan orang lain kadang2 sampai kegembiraan boleh menitiskan air mata. Dan ada kalanya air mata tu juga adalah sebagai tanda perasaan sedih yang dialami oleh seseorang. Tapi ada satu perasaan yang aku sendiri takut bila mendengarnya dan aku juga sentiasa bermohon agar perasaan ini dijauhkan dari diri aku. Nak tau ke apa perasaan tu..PERASAAN HASAD DENGKI. Perasaan ni sangat merbahaya..bila dalam hati ada perasaan ni macam boleh dilakukan untuk mendapatkan kepuasan untuk diri sendiri...aku nak nasihatkan pada semua jangan ada perasaan cam ni dalam hati..x baik dan x bagus untuk kesihatan..

Wednesday, July 7, 2010

@MC Donald, Ampang Park

Tiba-tiba teringatkan kisah di Mc Donald, Ampang Park tengah hari tadi. Kesian pada wanita Arab tu handbag dia hilang...yang peliknya dia tak sedar bila handbag tu hilang. Fuhh suasana kelam kabut kejap bila dia nangis2 dan jerit2 dalam restoran fast food tu..suami dia cuba nak mengesan siapa pencuri dengan CCTV yg ada kat dalam restoran tu tapi malangnya CCTV cuma ada di kawasan kaunter membeli makanan..

Wahai pencuri..tolong la berhenti buat kerja yg tak baik ni...tak baik menganiaya orang lain. Buat la kerja yang boleh memberikan rezeki yang halal dan sempurna untuk keluarga. Banyak lagi kerja-kerja lain boleh dibuat..jangan guna jalan mudah untuk dapatkan duit kerana hidup tak kan selamat dunia dan akhirat..

Pada wanita Arab tu..aku harap dia sabar. Aku faham perasaan dia coz perkara yang sama pernah berlaku pada diri aku..

Wednesday, June 9, 2010

Scene2 Dlm Lagenda Budak Setan


Hari ni aku nak upload pic scene yg ada kat movie LBS nih..jom kita tgk pic ni yer..

Sunday, June 6, 2010

2nd Anniversary..

Alhamdulillah..syukur ke Hadrat Allah S.W.T.. akhirnya usia perkahwinan aku menjangkau 2 tahun. Susah senang aku harungi dengan Ejaz dengan tabah. Banyak dugaan dalam perkahwinan yang penting kita kena tabah untuk menghadapi rintangan dan cabaran yang mendatang. Cuma untuk tahun yang ke-2 ni aku dan suami masih belum lagi dikurniakan zuriat. Aku anggap ini juga salah satu dugaan yang Allah berikan dalam kehidupan rumah tangga kami dan aku pasti seperti Raya tahun sebelum ni..Raya tahun ni juga akan ramai saudara mara yang bertanya bila lagi nak dapat baby..dan seperti biasa jawapan yang kami berikan ialah ' belum ada rezki lagi'. Kadang2 aku jd agak rimas dgn pertanyaan demi pertanyaan..bila dan bila..Dorang tak tau ker kita sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Kalu dah Dia kata masih belum ada lagi rezki utk aku dan ejaz..apa yg mampu kita lakukan? Ini semua kerja Allah..Betol kata sue..cadangan jawapan yg sesuai diberikan ialah ' u ask God la..why u ask me?'..ya 2 jawapan terbaru aku utk hari raya tahun ni hihi..

Emm tahun ni seperti tahun2 yg lepas aku sambut anniversary aku secara sederhana aje..aku keluar g karoke, tgk movie 'Lagenda Budak Setan' dan g makan2...itu jer bajet yg ada utk anniversary nih hihi. Yelah duit yg guna smpi hujung bulan pun kena amik kira gak hehe. Bagi aku tak kisah la apa cara sekali pun kita sambut hari2 yg penting nih..janji kita happy dan rasa bahagia..dan buat kawan aku suhaida dan husband ..Happy Anniversary Day yang pertama buat kamu berdua dan aku juga doakan korang bahagia sampai akhir hayat dan dikurniakan baby yang comel2 insyaallah..

Wednesday, May 5, 2010

Mei datang lagi....

Sekejap je rasa dah bulan Mei...maka semakin banyak perkara yang dah aku lalui dan berlalu dalam hidup aku.Lega rasa coz exam aku dah habis penghujung April lepas. Sekarang ni tgh berdebar2 nak tunggu result plak. Fuhh..tak tau result aku cam ner nanti. Bukan senang belajar sambil bekerja ni. Banyak cabaran dan dugaannya. Aku harap aku terus tabah untuk mengahadapi dugaan ni. Begitu jugak dengan rakan seperjuangan aku anis..

Habis je exam hari Jumaat, ari sabtu aku pergi ke Bukit Merah Laketown Resort. MPOB nye family day. Gambar aku tak sempat nak upload lagi. Sbb agak sibuk sikit. Takde masa lagi nak upload gambar dari DG Cam aku. Nanti dah ada masa nanti aku akan upload dlm blog nih.

Hari ni kat ofis cam biasa jer..perjalanan hidup seperti biasa tak de apa yang menarik. tu yang sempat beger2 blog nih hehe...
K la ni saje buat hari nih..Cow chin cow..